Assalamualaikum dan hi,

Setelah sekian lama, melihat kawan-kawan dok submit komen tentang sebuah pertandingan, teringin pula nak join. Selain sertai Belajar SEO dan duitpertandingan “belajar seo” ni untuk hadiahnya yang lumayan, teringin juga nak tahu   apa kebendalah seo tu. Jadi memang kenalah, pertandingan ini dinamakan “belajar seo”. Sambil bertanding, sambil belajar seo.

Baiklah, dalam post-post yang akan datang, kita akan berkenalan dengan seo. Terus terang saya katakan, ilmu seo saya adalah ‘0′ aka sifar. Jadi, memang sambil menyelam minum air lah ni. Sambil belajar seo, sambil berblog.

Alkisahnya begini.
Seorang hamba Allah yang namanya tidak mahu dikenali lagi, telah mengadakan pertandingan. Kata kunci yang diperlukan ialah, “Belajar SEO”. Bermakna, jika taip perkataan belajar seo di google, maka akan keluarlah website-website yang TeknikSEO nya mantap.

Continue Reading…